Saturday, 22 October 2016

Filled Under:

Sayu.. Berita Sedih Buat Peminat Mia Ahmadd Baru Jer Beberapa Hari Umum Perkahwinannya Akhirnya Mia Terpaksa Akur Dengan Ketentuan.. Jodoh Tak Lama Dengan ...

    Sayu.. Berita Sedih Buat Peminat Mia Ahmadd Baru Jer Beberapa Hari Umum Perkahwinannya Akhirnya Mia Terpaksa Akur Dengan Ketentuan.. Jodoh Tak Lama Dengan Akaun IG

    KUALA LUMPUR — Dua kali akaun Instagram digodam, pelakon baru Mia Ahmad mengakui memang bosan dengan laman sosial itu walau ia penting untuk selebriti.

    Namun Mia, atau Samiha Ahmad Baderi, 28 terpaksa membukanya semula demi kebaikan kariernyanya, apatah lagi dipujuk oleh pengurusnya agar tidak cepat putus asa.

    “Selepas dua kali digodam, saya sebenarnya sudah malas untuk mempunyai sebarang akaun Instagram tetapi pengurus mendesak untuk tidak berputus asa kerana ia merupakan medium terbaik menghubungkan saya dengan peminat,” katanya kepada Kosmo!.

    Akaun pertama Mia sudah mencecah 1.3 juta pengikut, manakala akaun kedua pengikutnya mencecah 30,000 sebelum digodam semula. Akaun terkininya diikuti hampir 50,000 orang.
    “Saya harap tidak menjadi mangsa godam lagi,” katanya, yang diangkat sebagai aktres terbaik pilihan dalam talian pada Anugerah Pilihan Online 2016.

    Pelakon “Hati Perempuan” itu berkata beliau “sudah tidak ada perasaan untuk tertekan” dengan masalah itu.

    Ditanya gosip cinta dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Izham Tarmizi, Mia berkata mereka masih belum ada hubungan istimewa dan tidak pernah keluar berdua-duaan.

    “[Kami keluar] kurang daripada lima kali tetapi bukan berdua-duaan. Kami juga ditemani dengan rakan-rakan lain,” katanya, yang mengakui Izham seorang yang menyenangkan.

    Gadis ini juga pernah digosipkan dengan pelakon Saharul Ridzwan, yang dilaporkan akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri, awal Julai ini.




    0 comments:

    Post a Comment