Monday, 24 October 2016

Filled Under:

TERKINI!!Takziah!! Lima Disahkan Maut Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah(HSA) Johor Bahru (10 GAMBAR)

    TERKINI!!Takziah!! Lima  Disahkan Maut Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah(HSA) Johor Bahru  (10 GAMBAR)

    JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan lima pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, masih belum dapat mendedahkan identiti semua mangsa.

    “Setakat ini kami dapat mengesahkan lima pesakit maut dalam kebakaran ini. Laporan penuh berhubung kebakaran ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya di lokasi kejadian di sini, hari ini.

    Sulaiman turut menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang maklumat tidak sahih dan diviralkan di laman sosial.

    Kebakaran berlaku kira-kira jam 9 di ICU selatan menyebabkan pesakit di bangunan terbabit dibawa keluar ke tempat selamat.

    Sebarang perkembangan semasa akan dikemaskini kemudian. -berita harian


    Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengalami kebakaran dan bomba masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.   

    Anggota bomba memadam kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengalami kebakaran dan bomba masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. 












    0 comments:

    Post a Comment